SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI. SILA TINGGALKAN PESANAN DAN JANGAN LUPA KOMEN DI ENTRY ABANG.

Sunday, 19 June 2011

Al-Fatihah : Ayahanda Pak Uda meninggal dunia

Assalamualaikum & Salam Bersatu semua.


Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Ayahanda Pak Uda atau nama sebenarnya Zami Ismail yang telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 10.30 pagi tadi di Institut Jantung Negara akibat sakit kuat.

Salam takziah kami ucapkan, semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


Saturday, 18 June 2011

FENOMENA : Puting beliung melanda perairan Mersing

Assalamualaikum & Salam Bersatu semua.

Sekitar malam semalam abang dikejutkan dengan sebuah berita yang disampaikan oleh seorang kenalan mengenai kejadian taufan puting beliung yang dikatakan membadai di sekitar perairan Mersing, Johor lingkungan jam 7 petang semalam. Walaubagaimanapun abang seakan tak percaya sehinggalah abang menerima rakaman video menerusi laman facebook abang.

video

Menurut sumber, video ini dirakamkan di Masjid Jamek Mersing. Jadi abang kongsikan bersama korang semua video ni untuk ditatap bersama.

Walaubagaimanapun abang turut difahamkan oleh beberapa rakan yang lain bahawa ini bukannya puting beliung sebaliknya fenomena ini dinamakan water spout. Ia merupakan kejadian alam yang normal. Namun melihat video ni membuatkan abang terasa muhasabah diri, inilah kebesaran Allah S.W.T.

Semoga negara Malaysia kita dijauhkan dari bencana sebagaimana ianya membadai negara-negara lain. Fenomena sebegini mengingatkan kita supaya tidak alpa dengan kemewahan dan keseronokan duniawi. Ingatlah semua, sujudlah kepada akhirat nescaya dunia datang kepada kita.

Friday, 17 June 2011

INFO : Perodua Myvi baru

Assalamualaikum & Salam Bersatu semua.

Pagi ni abang nak cerita sikit pasal Perodua Myvi baru yang dilancarkan malam tadi. Wah, agak terpegun la jugak abang tengok. Model baru Myvi berharga dari RM43,900 bagi transmisi manual biasa sampailah RM57,400 untuk transmisi automatik elegan dengan 6 pilihan warna.

Abang difahamkan yang model baru Myvi ni hanya sekadar menggunakan chasis Daihatsu manakala peralatan lain yang melengkapinya adalah komponen tempatan termasuk reka bentuk dan keperluan yang ditawarkan. Nampak menarik la, nak sambar je kalau ikutkan hati. Korang pulak apa tunggu lagi? Sambar la satu.

Thursday, 16 June 2011

myMetro : Bapa acu pistol marah cikgu denda anak

Assalamualaikum & Salam Bersatu semua.

Awal pagi lagi abang dah terpacak kat office sambil membelek myMetro Online. Dalam banyak-banyak berita, yang ni agak macam menarik sikit. Korang klik je link di bawah ni.


Apa yang abang nak komen sikit la, sikap kebanyakan ibubapa sekarang yang terlalu manjakan anak mereka. Abang nampak jauh beza sewaktu zaman abang sekolah dengan sekarang ni. Kalau dulu, gangster macam mana pun kita tapi kita tetap respect dengan cikgu-cikgu kita. Kalau langsi macam mana pun cikgu tu, tapi kita tetap ada rasa hormat kat diorang.


Memandangkan zaman sekarang ni ibubapa terlalu manjakan anak, sampaikan cikgu kena acu pistol semata-mata sebab anak mereka didenda. Come on la, sayangkan anak tu ditangan-tangankan. Bukannya pergi tangankan cikgunya. Atas sikap ibubapa yang macam ni la menjadi punca kebanyakan budak-budak sekarang ni semakin tak dapat dikawal. 

Seandainya anak-anak tu gagal dalam pelajaran atau mungkin terlibat dengan gejala-gejala sosial ataupun gangsterism, adakah cikgu-cikgu jugak yang akan dipersalahkan oleh ibubapa yang terlalu manjakan anak ni? Sedangkan cikgu-cikgu menjalankan amanah mendidik anak-anak mereka, tapi mereka...Isk, bikin hati panas betul la.


Wednesday, 15 June 2011

CONTEST : Munnafendy 1st GA

Assalamualaikum & Salam Bersatu semua.

Pertamanya abang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tyntha Lana yang telah men'tag' abang untuk menyertai satu lagi contest yang kali ini dianjurkan oleh pemilik blog Munnafendy. Nampaknya masa terluang abang akan dihabiskan dengan menyertai contest-contest anjuran para bloggers.



Ok la, contest kali ini diberi nama Munnafendy 1st GA. Untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan dan hadiah yang ditawarkan, korang boleh la klik je pada banner di atas.

Yang mana untuk pengetahuan korang juga, tarikh tutup penyertaan contest ini ialah pada 30hb Jun 2001. Tak berapa lama je lagi tu, jadi korang join la ramai-ramai bagi memeriahkan lagi contest ni.

Kepada bloggers yang mungkin tak mahu menyertai apa-apa contest, korang pun boleh la baca pelbagai entry yang ada di sana. Banyak juga cerita-cerita menarik. Ok la, dah alang-alang abang menyertai contest ni, maka abang akan turut men'tag' 2 individu terpilih untuk bersama menyertai contest ini. Dan mereka adalah......




CONTEST : Lucky draw by norliza989

Assalamualaikum & Salam Bersatu semua.

Terima kasih kepada pemilik blog Norliza989 dan Seindah Biasa yang telah menjemput abang menyertai Lucky Draw atau dalam Bahasa Melayu Cabutan Bertuah. Untuk itu abang mewakili pemilik kedua-dua blog ini berbesar hati ingin menjemput semua bloggers menyertai Lucky Draw yang dianjurkan mereka. Lebih baik masuk Lucky Draw daripada korang pergi beli nombor ekor. Klik sahaja gambar di bawah untuk syarat-syarat penyertaan.


Lucky Draw ini akan bermula hari ini 14hb Jun 2011 

Tarikh luputnya ialah pada 30hb Jun 2011

Marilah beramai-ramai sertai Lucky Draw!

TAG!

KISAH DAN LAGU : Kau yang tak mengerti - Teja

Assalamualaikum & Salam Bersatu semua.

Kali ni untuk slot Kisah dan lagu abang nak cerita sikit tentang lagu Kau Yang Tak Mengerti nyanyian kumpulan Teja. Korang tau tak lagu ni?

Kekasih engkau yang satu
Sumber ilhamku waktu dahulu
Dirimu amatku perlu
Untuk mengisi kamar hatiku
Itu sedikit lirik bagi remind korang yang mungkin ingat-ingat lupa lagu ni. Lagu ni kalau tak silap abang dimuatkan dalam album pertama mereka berjudul Teja keluaran tahun 1991.

Kumpulan Teja
Sebenarnya lagu ni mengingatkan abang kisah putusnya ikatan pertunangan sekitar tahun 2007 yang lepas. Masa tu Allah je tahu macam mana perasaan abang, rasanya setengah gila kot. Ye la, 2 bulan sebelum tarikh nak kahwin dengan kad jemputan serta persiapan semua dah lengkap. Tapi tu kisah lama, abang anggap jodoh tak ada je.

Dan masa tu kalau layan lagu ni mau jadi meroyan jugak. Jadi kepada korang yang putus cinta ke putus apa pun, nasihat abang jangan la layan lagu ni. Takut nanti meraung pulak. Apapun lagu ini antara lagu terbaik yang wajib berada dalam koleksi abang dari dulu, sekarang dan sampai bila-bila.


Kemalangan ngeri

Assalamualaikum & Salam Bersatu semua.

Pagi ni abang rasa macam takde banyak cerita nak di'update', tapi abang teringin nak kongsikan sedikit gambar sebuah kemalangan jalanraya. Apa yang nak abang sampaikan ialah, pandulah dengan cermat ingatlah orang tersayang. Pandu cermat jiwa selamat, jangan jadi Kassim Selamat.




Kemalangan ni hampir-hampir jugak meragut nyawa abang yang kebetulan tengah duduk kat tepi jalan sambil bersembang dengan sepupu. Nasib baik tepi jalan, kalau abang duduk tengah jalan mesti dah kena sapu. Kesian driver wira ni, mesti trauma nak bawak kereta lepas ni.

Jadi kepada para blogger, ambik la iktibar daripada setiap kemalangan yang kita saksikan tak kira depan mata atau melalui media masa. Jangan pulak nak tunjuk skill hebat anda bila memandu, malang tak berbau.

Tuesday, 14 June 2011

Family Gathering : Atiqah's wedding

Assalamualaikum & Salam Bersatu semua.

Seperti yang abang janjikan ketika dalam entry Episod mandi-manda, kali ni abang story macam mana abang boleh terlepas sampai ke sana. Sebenarnya abang pun terlupa yang cousin kesayangan abang ni akan melangsungkan perkahwinan 28hb Mei yang lepas. Maklumlah, abang terlalu sibuk dengan tugasan. Kebetulan la parents abang yang ingatkan.

Dengan cuti pun abang belasah je, entah approve ke tak. Yang penting dapat berkumpul ramai-ramai bagi meraikan perkahwinan cousin abang. Memang meriah walaupun agak meletihkan, maklumlah menempuh perjalanan jauh dari Johor Bahru ke Manjung.












Ini baru sebahagian daripada gambar yang dirakamkan (menggunakan kamera digital biasa), dan gambar ini dirakamkan sekitar majlis sebelah pihak perempuan iaitu cousin abang di Manjung, Perak. Seterusnya mari kita jengah sekitar majlis sebelah pihak lelaki pulak.





Ni la sebahagian kenangan yang abang kongsikan untuk tatapan semua blogger. Bukan senang nak dapat berkumpul ramai-ramai macam ni, tapi bila ada majlis macam ni baru la nak kenal sepupu-sepapat yang tak pernah kenal. Maklum la, duduk jauh-jauh. Tapi sekarang ni jadi dekat sejak ada facebook.

KISAH DAN LAGU : Gugurnya Bunga Cinta - Laksamana

Assalamualaikum & Salam Bersatu semua.

Pagi-pagi ni abang nak ceritakan sikit mengenai topik yang abang namakan sebagai "KISAH DAN LAGU". Salah satu yang abang pilih ialah lagu yang diangkat oleh kumpulan Laksamana iaitu Gugurnya Bunga Cinta. Siapa diantara bloggers yang tak tahu lagu ni?

Nizam Arjuna (Vokalis Laksamana)



Lagu ini meletup sekitar tahun 1991 dan merupakan antara lagu yang berjaya berada di final AJL1991. Lagu ini merupakan ciptaan Ismail Ahmad Nawab dan lirik puitisnya ditulis sendiri oleh vokalis kumpulan Laksamana iaitu saudara Nizam Arjuna sekaligus mengangkat nama kumpulan Laksamana sendiri.

Apa yang menariknya, lagu ni mampu buat abang tangkap syahdu habis kalau layan. Kalau orang-orang yang frust ni abang berani jamin dia menangis la. Inilah kekuatan lagu-lagu rock lama, gandingan alunan muzik dan lirik mampu membunuh perasaan sesiapa yang mendengar. Sebab tu la lagu-lagu rock lama mampu bertahan sampai ke hari ni.

Untuk bloggers yang tak tahu lagu ni malahan tak pernah dengar, abang cadangkan korang dengar sekali. Cuba hayati setiap bibit lontaran lirik lagu ni, mesti korang akan jatuh cinta. Mesti lepas ni korang akan buang segala koleksi lagu-lagu indie korang tu. Cukup setakat ni dulu pengenalan segmen Kisah Dan Lagu menerusi lagu Gugurnya Bunga Cinta. Lepas ni abang akan coretkan banyak lagi lagu-lagu menarik.

VOTE the bride

SILA NYATAKAN UNDIAN ANDA!

Anda hanya perlu pilih pasangan pengantin yang paling menawan mengikut pandangan anda. Setiap individu hanya dibenarkan mengundi SEKALI sahaja.

1. Pasangan Fatimah dan Hafizai.

2. Pasangan Shah dan Nadia.

3. Pasangan Firdaus dan Fatihah.

4. Pasangan Hanis dan Natasha.

5. Pasangan Rai dan Yan.

6. Pasangan Irwan dan Atiqah.

Kepada semua rakan-rakan bloggers, anda hanya perlu menyatakan undian anda di pole section sebelah kanan blog ini.


1ST GIVEAWAY LANA!

JOM MEMERIAHKAN BERSAMA






CREDIT TO


Tarikh tutup penyertaan GA Lana ialah pada hari RABU bersamaan 15/6/2011 jam 6 PETANG.
Sempat lagi la kalau abang-abang, kakak-kakak serta adik-adik nak join. Join la sekarang sebelum melepas.
Nak tahu apa syarat-syaratnya? Abang syorkan korang KLIK banner di atas.
Marilah ramai-ramai kita support  



1ST GIVEAWAY LANA! 

 

Monday, 13 June 2011

Family Gathering : Episod mandi-manda

Assalamualaikum & Salam Bersatu semua.

Sekitar penghujung Mei 2011, secara kebetulan abang telah menghadiri majlis perkahwinan adik sepupu kesayangan abang di Seri Manjung, Perak (entry akan menyusul kemudian). Selepas menempuh hari-hari yang meletihkan (maklumlah perjalanan jauh), maka abang dan seluruh angkatan keluarga singgah bersantai sakan di sebuah kawasan air terjun sekitar Ipoh.

Nama tempatnya abang lupa. Kalau ada orang Ipoh kat sini, boleh tak mention nama tempat tu? Tapi tempatnya memang cantik lagi menenangkan. Memang lain kali kalau ada rezeki abang akan datang lagi. Di sini juga abang nak sharing beberapa gambar kenangan yang sempat dirakamkan sebagai kenangan.





Sayangnya kami datang ke situ pada waktu petang, selepas balik dari majlis sebelah pengantin lelaki di Tambun. Kalau ikutkan hati nak aje terjah sampai ke malam, tapi kami kena hormat la peraturan yang telah ditetapkan.

Apapun abang rasa seronok sebab satu keluarga besar berkumpul bersama, bergembira bersama. Insyallah abang akan cuba anjurkan program berkelah beramai-ramai lagi mungkin sekitar bulan Oktober tahun ni. Kalau ada yang berminat nak sertai, bolehlah beri cadangan pada abang nanti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...