SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI. SILA TINGGALKAN PESANAN DAN JANGAN LUPA KOMEN DI ENTRY ABANG.

Monday 13 June 2011

Bicara tentang filem Kongsi & KL Gangster

Assalamualaikum & Salam Bersatu semua.

Sebenarnya abang terpanggil nak menulis entry ni bila mana banyak cerita-cerita berkaitan kes saman-menyaman antara pihak Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) ke atas MIG Production dan SKOP Production. Pelbagai versi memenuhi segenap wall facebook abang dan semuanya mengenai filem Kongsi dan KL Gangster.



Abang terpanggil untuk menulis sedikit pendapat peribadi abang mengenai 2 filem ini serta isu yang timbul berkenaan filem ini. Dari sudut positifnya, filem-filem seperti ini menjadi hiburan serta satu lagi fenomena dalam industri perfileman Malaysia. Memang tak dinafikan, abang pun ada rasa teruja dengan kehebatan filem ni terutamanya KL Gengster.Pada abang, apa yang cuba ditonjolkan oleh pengarah muda filem ini iaitu Syamsul Yusof ialah elemen kekeluargaan serta kasih-sayang antara keluarga. Syabas kerana menghasilkan sebuah karya yang hebat.

Namun di sebalik kehebatan filem-filem ini, tanpa disedari mereka secara sengaja atau tidak telah mendedahkan kod-kod rahsia yang termaktub di dalam PEKIDA serta yang seangkatan dengannya. Atas sebab inilah yang menyebabkan pihak PEKIDA bertindak ingin menyaman penerbit kedua-dua filem berkenaan. Walaupun ianya dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak penerbitan dengan alasan ianya telah diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (FINAS) serta telah membuat research dengan beberapa bekas gangster, tapi hakikatnya mereka telah terlepas pandang.

Lihatlah sekarang tatkala banyak pihak sudah bersuara mengenai rasa tidak puas hati kepada mereka hanya kerana disifatkan telah mendedahkan rahsia dalaman serta menyifatkan orang Melayu sebagai samseng. Apa yang perlu mereka buat sekarang ialah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada PEKIDA dan yang seangkatan dengannya.

Selesai menonton filem KL Gangster baru-baru ini, telinga abang tertarik kepada perbualan beberapa remaja sekolah yang turut menonton filem berkenaan. Mereka terasa teruja dan taksub dengan kehebatan gangster dalam filem berkenaan sehingga ada yang menanam impian ingin menjadi gangster seperti watak dalam filem berkenaan. Apa yang abang boleh buat, hanya tersenyum dan menggelengkan kepala. Adakah ini yang kita mahu generasi anak-anak kita jadi? Fikir-fikirkanlah. Abang bukan mengkritik, tapi ini hanyalah pandangan peribadi abang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...