Assalamualaikum & Salam Bersatu buat semua.
Seperti biasa, pagi-pagi lagi abang dah selak myMetro untuk menyegarkan minda. Macam-macam berita ada tapi yang ni agak menyedihkan jugak bila kita baca. Seorang wanita bertudung yang menjadikan surau sebagai lokasi melakukan kecurian. Apa nak jadi ni?
Menurut berita, wanita ni berpura-pura menunaikan solat sebelum mengambil kesempatan melarikan beg tangan serta barangan berharga mangsa-mangsanya. Macam ni punya orang pun ada?
Jadi abang harap kepada semua, berwaspadalah tanpa mengira di mana pun anda berada sebab boleh dikatakan sekarang ni jenayah pun tak kira tempat dan masa. Sekiranya anda terlihat atau mungkin mengesyaki sesiapa, silalah laporkan kepada pihak berkuasa. Jangan buat tindakan sendiri, takut nanti makan diri.
No comments:
Post a Comment