SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI. SILA TINGGALKAN PESANAN DAN JANGAN LUPA KOMEN DI ENTRY ABANG.

Monday 13 June 2011

Pembuka Bicara

Assalamualaikum serta Salam Bersatu buat semua.

Alhamdulillah, kita dikurniakan kesihatan serta satu lagi hari bagi meneruskan kehidupan kita. Syukur kepada Allah SWT di atas nikmat pemberiannya.

Pertama sekali, ini merupakan sebuah blog peribadi abang dan tujuan abang membuka laman blog ini hanya untuk suka-suka serta berkongsi pendapat-pendapat peribadi mengenai segala isu serta kehidupan abang. Besar harapan abang dengan adanya blog ini maka dapatlah kita mengeratkan silaturahim serta menambah kenalan-kenalan.

Terima kasih abang ucapkan buat semua rakan-rakan yang sudi berkunjung serta memberi pendapat dan buah fikiran kepada abang dalam meningkatkan lagi mutu blog abang. Abang masih mentah lagi dalam dunia blogging ni, harapnya banyak la teguran-teguran positif dari semua. Terima kasih juga tak terhingga abang ucapkan buat rakan baik abang iaitu Wazy atas inspirasi yang diberikan dalam menghasilkan blog yang ringkas ini.

Sekian sahaja dari abang, terima kasih semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...