Seperti yang abang janjikan ketika dalam entry Episod mandi-manda, kali ni abang story macam mana abang boleh terlepas sampai ke sana. Sebenarnya abang pun terlupa yang cousin kesayangan abang ni akan melangsungkan perkahwinan 28hb Mei yang lepas. Maklumlah, abang terlalu sibuk dengan tugasan. Kebetulan la parents abang yang ingatkan.
Dengan cuti pun abang belasah je, entah approve ke tak. Yang penting dapat berkumpul ramai-ramai bagi meraikan perkahwinan cousin abang. Memang meriah walaupun agak meletihkan, maklumlah menempuh perjalanan jauh dari Johor Bahru ke Manjung.
Ini baru sebahagian daripada gambar yang dirakamkan (menggunakan kamera digital biasa), dan gambar ini dirakamkan sekitar majlis sebelah pihak perempuan iaitu cousin abang di Manjung, Perak. Seterusnya mari kita jengah sekitar majlis sebelah pihak lelaki pulak.
Ni la sebahagian kenangan yang abang kongsikan untuk tatapan semua blogger. Bukan senang nak dapat berkumpul ramai-ramai macam ni, tapi bila ada majlis macam ni baru la nak kenal sepupu-sepapat yang tak pernah kenal. Maklum la, duduk jauh-jauh. Tapi sekarang ni jadi dekat sejak ada facebook.
3 comments:
wow!! meriah nye majlis :)
ehehe, ayt tak boleh bla~ tpi skrg ni da jdi dekt sejak ad facebook,hahahahh. betoi2, sama la gak ngan lana. teknologi ni kalau kena caranya, halal niatnya, insyaAllah, banyak manfaat kan?
@TYNTHA LANA
Betul tau, facebook ni ada baik & buruknya. Tapi kalau dah mendekatkan yang jauh, itu adalah satu kebaikan. :)
Post a Comment