SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI. SILA TINGGALKAN PESANAN DAN JANGAN LUPA KOMEN DI ENTRY ABANG.

Saturday, 18 June 2011

FENOMENA : Puting beliung melanda perairan Mersing

Assalamualaikum & Salam Bersatu semua.

Sekitar malam semalam abang dikejutkan dengan sebuah berita yang disampaikan oleh seorang kenalan mengenai kejadian taufan puting beliung yang dikatakan membadai di sekitar perairan Mersing, Johor lingkungan jam 7 petang semalam. Walaubagaimanapun abang seakan tak percaya sehinggalah abang menerima rakaman video menerusi laman facebook abang.


Menurut sumber, video ini dirakamkan di Masjid Jamek Mersing. Jadi abang kongsikan bersama korang semua video ni untuk ditatap bersama.

Walaubagaimanapun abang turut difahamkan oleh beberapa rakan yang lain bahawa ini bukannya puting beliung sebaliknya fenomena ini dinamakan water spout. Ia merupakan kejadian alam yang normal. Namun melihat video ni membuatkan abang terasa muhasabah diri, inilah kebesaran Allah S.W.T.

Semoga negara Malaysia kita dijauhkan dari bencana sebagaimana ianya membadai negara-negara lain. Fenomena sebegini mengingatkan kita supaya tidak alpa dengan kemewahan dan keseronokan duniawi. Ingatlah semua, sujudlah kepada akhirat nescaya dunia datang kepada kita.

3 comments:

Kumbang Jingga said...

tak sangka kat malaysia ada gak huhuhuh

Amani said...

Ramai yg masih sangsi dgn apa yg Allah s.w.t tunjukkan kebelakangan ini. Sedangkan pekara begini merupakan tanda2 utk kita bangun dari leka.

NUR AIN AZMAN said...

thanks for info
keep it up :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...